Assalamualaikum WBT

Monday 22 October 2012

 Assalamualaikum :)

Pada nukilan kali ini, saya ingin membincangkan mengenai satu perasaan yang berada dalam hati kita iaitu perasaan kasih dan sayang. Saya yakin bahawa semua kita pernah merasai perasaan ini sama ada kita yang memberi atau kita yang menerima nya.Itu tidak menjadi persoalan, yang jadi persoalan nya adalah dari siapa dan kepada siapa kita curahkan perasaan ini..

"aku suka sangat kot kat dia, aku sayang kat dia, tp atas sebab aku sayang kat dia jugak lah aku tak bercouple ngan dia sebab aku tahu bahawa jika kalau Allah merestui perasaan sayang aku kepada dia ini, Allah pasti akan mempertemukan kami kembali dan ketika itu insyaAllah aku sudah bersedia utk menjadikan nya yang halal buat ku" 

~ini lah apa yang selalu saya fikirkan apabila memikirkan tentang perasaan kasih dan sayang saya ini. 

Sedar atau pun tidak, semakin kita memikirkan tentang si dia, semakin itu lah hati kita tidak tenang, sebab kita tidak pernah tahu isi hati dan perasaan si dia terhadap kita. Semua perkara dalam dunia ini akan menjadi senang apabila kita semua dapat mengetahui isi hati orang lain kerana di situ kita dapat mengelakkan pergaduhan dan perselisihan faham. Tetapi sayang nya kita hanya ciptaan yang lemah dan terbatas akal kita, kita tidak mampu untuk membaca isi hati orang lain.

Di dalam surat cinta dari Allah (Al-Quran), Allah telah berfirman bahawa: 
"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka akan menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah bahawa dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang"
(Surah Ar-Ra'd ayat 28)

Allah sudah beritahu kita awal awal lagi bahawa dengan berzikir kepada nya hati kita akan tenang, bukan dengan mengingati si dia kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan tunduk kepada Allah dan memikirkan betapa kerdil nya diri ini dan insyaAllah akan sedikit demi sedikit akan memohon taubat kepada Nya, dan kontra pula apabila kita memikirkan si dia, hati kita akan bertambah serabut kerana fikiran kita ketika itu mungkin sudah berlandaskan nafsu dan kehendak diri semata mata. (pada pandangan saya la ^^)

Jadi di sini saya hendak tekankan bahawa janganlah kita selalu sangat memikirkan seseorang itu yang mana tidak lagi di jamin untuk kita secara berlebihan sehingga membuatkan kita melupakan DIA. Jika kita sukakan si dia, maka terus khabarkan saja kepada Allah, insyaAllah, Allah akan tunjukkan kepada kita jalan yang terbaik unutk kita. Janganlah kita salahkan Allah jika perasaan kasih dan sayang yang kita curahkan kepada si dia tidak berbalas atau tidak kesampaian. Tapi kita harus sentiasa bersangka baik kepada Allah kerana Allah tahu yang mana lebih baik untuk kita. Mungkin Allah telah sediakan "si dia" yang lain yang lebih baik dan sesuai untuk kita untuk menerima kasih dan sayang daripada kita kerana mungkin juga si dia yang pertama itu bukan rusuk kiri paling atas kita (bg lelaki) atau kita bukan rusuk kiri paling atas si dia( bg perempuan).

Tetapi janganlah kita risau dengan apa yang telah di rancang Allah tentang jodoh kita, kita hanya perlu berusaha menjadi hamba Nya yang terbaik dan InsyaAllah dia akan menghantar seorang yang akan membuatkan kita menjadi lebih baik. Semua ini telah Allah firmankan didalam al-Quran pada ayat 26 surah An Nur..

"perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempaun-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia"

Jadi di sini saya ingin tegaskan bahawa tugas kita sebagai hamba hanyalah berusaha menjadi yang terbaik di sisi Nya, dan InsyaAllah dia akan memberikan yang terbaik untuk kita. 

Akhir sekali, bagi yang sedang bercouple di luar sana ingatlah bahawa perempuan/lelaki yqng sedang anda sayang itu tidak boleh menjaminkan perhubungan itu sehingga ke pernikahan. Jikalau anda tiada kekuatan, mohon lah dari Allah supaya anda boleh memberhentikan hubungan itu dan jika anda bersedia dan betul-berul sayang akan si dia, maka pergi lah berjumpa dengan wali nya dan nyatakan hasrat hati anda. Itu lah cara yang terbaik untuk anda menunjukkan perasaan kasih dan sayang anda kepada si dia. Saya rasa itu sahaja yang dapat saya kongsikan, semoga dengan sedikit ilmu yang kita bincangkan ini dapat membuatkan diri kita menjadi insan yang lebih dekat dengan Nya,,

sebelum kita memulakan suatu hubungan maka tanya lah diri :
"adakah cinta yang bakal bersemi ini akan mengundang restu Ilahi?"
jika anda yakin jawapan nya adalah Ya, maka mohonlah petunjuk nya. Dan jika jawapan nya tida, maka leraikanlah dengan cara yang baik hubungan itu dan minta juka petunjuk dari Allah.

Sekian, saya mohon maaf atas kesalahan dan kekasaran bahasa yang digunakan, saya hanya lah insan biasa yang mana pernah melalui dan sedang melalui perkara yang sama berkaitan apa yang saya nukilkan ini. semoga kita menjadi hamba Nya yang lebih baik pada masa akan datang,,insyaAllah..

tima kaseh kerana membaca  ^^

Monday 27 August 2012

Titiskan Air Mata Taubat Mu






Assalamualaikum WBT :)

 Alhamdulillah, syukur selagi kita boleh kepada Nya kerana memberi kita kesempatan utk menghirup udara pada hari ni dan masih juga berpeluang utk memperbaiki TAHAP IMAN kita, insyaAllah.

 Mmg setiap hari kita sedar bahawa kita masih lagi diberi nyawa dan peluang oleh Nya utk terus berada di muka bumi ni. Tetapi, sepanjang umur yg Allah SWT kurniakan tu, adakah kita pernah berjumpa dengan Nya pada malam hari, menceritakan masalah kita, menitiskan air mata kerana kita takutkan azab Nya, dan pernahkah kita berTAUBAT kepada Nya setelah apa yg telah kita buat.

 Allah telah berfirman:

"Wahai hamba hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Mengampuni dosa-dosa semua nya. Sungguh dialah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" 
{39:53}

 Wahai saudara2 se Islam, marilah kita sama2 bertaubat kepada Nya setelah apa yg telah dikurniakan Nya kerana Allah telah membentangkan tangan Nya pada siang hari utk mengampuankan dosa2 hamba Nya yg bertaubat pada malam hari, dan Dia juga telah membentangkan tangan Nya pada waktu malam utk mengampunkan dosa2 hamba Nya pada waktu siang.


 Marilah kita fikir sejenak adakah dengan usia yg diberikan itu di isi dengan betol, dan adakah amal ibadah yg kita lakukan sepanjang usia itu akan diterima Allah SWT.. fikir2 kan lah dan selamat BERTAUBAT wahai kaum muslimin dan muslimat sekalian.. 
InsyaAllah :)


Sunday 26 August 2012

Bagai Angin Yang Berlalu

Assalamualaikum WBT

 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yg tlh memberi anda dan saya nikmat Islam dan nyawa utk terus hidup pada saat dan ketika ini, Alhamdulillah..

Klau tgok, saya nya blog ni dah lama saya tinggal sgt2. Bkn sbb apa pon, cuma x dk kesempatan utk meluangkan masa shj utk menulis di ruangan ni. Walaupon hampir seminggu kita tinggal Ramadhan,,tetapi sya masih nk bincangkan pasal bulan yg telah lalu itu kerana hadir nya di nanti2 kan tetapi ia tlh pergi bagaikan angin yg berlalu melewati kita begitu shj..


 Saudara saudari, Ramadhan dah tinggal kan kita, ttp kita sedar atau x, adakah Ramadhan yg lalu tlh memberi impak kepada iman kita? Cuba kita tnya diri sendiri..Cuba check, adakah kita jadi lebih elok, atau sama ja, atau lagi x elok..klau lebih elok alhamdulillah sgt2 la sbb makna nya ibadah kita pada Ramadhan yg lepas insyaAllah di terima oleh Nya. Klau sama shj, kita perlu berhati2 kerana Ramadhan yg lepas kita punya iman tidak berubah langsung, ini bhya sbb risiko utk iman kita utk di gugat akan tinggi. Dan klau jadi lg trok tu mmg thp bahaya lah,,sbb Ramadhan yg lalu sedikit pon tiada maknya utk nya. Oleh tu, lebih baik kita muhasabah diri kita, kat mna thp kita selepas sebulan berada dlm Kolej Ramadhan. InsyaAllah moga2 Allah panjang kan umur kita untuk sampai pada Ramadhan pada tahun depan utk kita tingkat kan lagi thp diri kita kepada Nya..

Wallahu'alam.. :)

Monday 23 April 2012

Khabarkan lah Cinta Mu Kepada Allah

Assalamualaikum WBT :)

Subhanallah, alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta sekelian alam. haih, sudah lama sya x berkunjung di page nie,,haha.. ya la sebab final exam dah nk dekat jadi masa tu jadi kurang untuk saya utk menulis di sini. tp x pa, sbb hari saya bertekad nk tulis gk,,haha,,sbb dah lama kot saya x menulis, lagi pon inilah cara yang paling senang utk saya berkongsi ilmu dengan manusia lain yg bergelar hamba Allah.

 InsyaAllah kali ini sya sekali lagi ingin berkongsi ilmu ttg perkara yg selalu bermain di fikiran saya iaitu mengenai ayat ini

 "jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"

Mmg benar apa yang apa yg trdapat dlm ayat di atas, dan saya x nafikan dan bukannya utk dibanggakan tp sbg perkongsian bersama kerana perkara inilah yg saya pgg hingga hari nie. Tp bg sesetangah org perkara ni payah kerana ada segelintir org ja yg sanggup menaggung rasa di hati dan menyatakan nya kepada Sang Pencipta.

Di sini saya ingin berkongsi apa yg saya baca mengenai "Cinta Mengikut Islam" nie:

Pertama sekali, mengikut apa yg sya baca, jika kita mencintai seseorg haruslah kita pendamkan dahulu dan menyatakan hasrat kita kepada Allah. Kita tidak perlu terburu buru takot perempuan/lelaki itu mencintai org lain kerana jodoh ini adalah semua aturan Allah. Allah lebih mengetahui apa yg kita tidak ketahui. jadi di sini menyatakan perasaan kita kepada Allah trlebih dahulu, itulah cara yg paling terbaik kerana insyaAllah, Allah tidak akan memberi sesuatu kepada kita melainkan kita berhak mendapat nya dan dalam bab jodoh nie kita berusaha lah menjadi hamba Allah yg terbaik kerana Allah dah janji bhw "Lelaki yg baik utk perempuan yg baik bgitu lah sebalik nya"

Kedua, kita kena nilai balik cinta kita kepada seseorg itu utk apa?? Utk dunia saja ka? utk harta nya kah?? utk memuaskan nafsu diri kah? atau mempunyai keazaman utk membina menikahi nya?? jika cinta kita kpada seseorg itu hanyalah kerana nafsu dan dunia, maka rugilah kita kerana kita tk kn dapat apa2 melainkan kepuasan hanya di dunia. ttp klau kita mencintai seseorg kerana Allah dan berniat utk memuliakan nya dengan ingin menikahi nya maka besar lah pahala nya kerana sebuah perkahwinan itu ibarat membina sebuah rumah Allah.

Ketiga dan terakhir, jika kita mencintai seseorg cubalah kita menjauhkan diri kita dari ber "couple" kerana perkara ini langsng tidak dianjurkan dalam Islam. Saya tulis nie bukan sya tujukan kepada sesiapa, x dk niat langsung, tp saya harus menyatakan kebenaran supaya semua org tahu dan mungkin pada masa depan saya melakukan perkara nie,, saya harapa ada yg dtg memperigtkan saya kembali mengenai perkara ini. Kenapa saya katakan Islam x menganjurkan bercouple ada lah kerana couple ini akan menjadi alat syaitan yg mana syaitan hias elok2 bg nmpak seperti kita tidak melakukan apa2 langsung. Ttp ada kah kita sedar bahawa bgaimana dgn hati kita?? Dlm diam dan tidak kita ketahui bahawa kita sdg melaku zina hati yg mana sedikit demi sedikit akan membawa kita melakukan dosa yg lebih besar, NAUZUBILLH...

Saudara saudari saya sekalian, sya tulis demikian bkn nya utk apa, ttp utk mengingati kita semua. Saya tidak mahu rakan2 saya diluar sana terkena mainan syaitan ini kerana saya pernah merasai nya sekali suatu ketika dahulu. Mmg bnr, pada mula berasa semua nya manis, pertengahan nya makin kurang dan akhir nya tawar dan pahit sekali utk ditelan. Jadi marilah kita sama2 berdoa kepada Allah supaya semua hubungan kita dengan manusia mendapat kerehaan nya. 

Sekian Assalamualaikum WBT :)

Thursday 8 March 2012

PERSAHABATAN

Assalamualaikum WBT,


      Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, yang telah menciptakan alam ini dan mentadbir seluruhnya dengan kekuasaan Nya sendiri tanpa berkongsi dengan mana-mana zat lain atau makhluk. Maha suci Allah yang telah memberi peluang kepada saya untuk menulis sedikit perkara yang suka sangat saya ingin bincangkan setelah sekian lama.


      Setelah melihat "page" kelas saya pada malam ini, hati saya telah tertarik untuk menulis mengenai tajuk persahabatan. Bagi saya tafsiran PERSAHABATAN adalah membawa maksud sebuah perhubungan antara manusia yang mana telah berkongsi suka dan duka bersama-sama serta kebanyakan masa dihabiskan bersama untuk mengumpul saat-saat manis untuk dikenang pada masa hadapan.


      Memang saya akui, bahawa jika kita telah keluar dari satu sistem (Sekolah menengah terutamanya) dan terpisah dengan rakan-rakan kita sesungguhnya pasti rasa rindu dan ingin kembali ke masa lalu akan berkunjung tiba di hati ini tambahan pula jika ada seseorang atau orang sekeliling kita pernah memberi impak yang besar dalam hidup kita. Jika saya diberi peluang untuk kembali ke masa lepas, antara benda yang ingin saya ulangi dan perbetulkan adalah masa ketika bersama-sama sahabat saya (rakan sekelas & rakan sebatch) supaya saat bersama mereka akan menjadi lebih manis dan akan menjadi kengan yang terindah dalam hidup ini.


       Di sini saya ada sedikit puisi atau pantun atau apa-apa yang hendak anda panggil:


Sahabat...
Saat bersama mu semua,
Tidak pernah ku rasa,
Bahawa saat itu,
Suatu hari nanti akan ku akan merindu...


Sahabat...
Andai ku bisa putarkan masa ini,
Perkara yang ingin ku putarkan adalah,
Saat indah bersama mu dan juga saat duka bersama mu,
Supaya ku dapat mengubah semuanya menjadi lebih manis,
Untuk kita tatapi bila di hari tua,


Sahabat...
Ku tahu bahawa diri ini tidaklah sesempurna yang kau harapkan,
Oleh itu ingin sekali ku memohon kemaafan dari mu,
Jika perlakuan ku selama kita bersama pernah menganggu diri mu,
Ku harap perkara itu tidak akan merenggangkan hubungan kita.


Sahabat...
Ingin ku beritahu mu sesuatu,
Bahawa kita di dunia ini hanyalah sementara,
Jadi hargailah saat kita bersama ,
Kerana mungkin selepas ini,
Saat indah yang bakal dilalui tidak akan mempunyai aku di dalam nya,
Kerana mungkin ku telah pergi menyambut seruan Nya,
Dan ingin ku memohon maaf sekali lagi,
Andainya ku tidak dapat bersama mu ketika itu...


Sahabat...
Semoga kau hargailah saat-saat kita bersama,
Agar ia bisa menjadi harta yang paling barharga buat mu,
Semoga kita dapat bersama lagi pada masa hadapan,
InsyaAllah jika Dia mengizinkan kita bersama lagi.


p/s: hargailah rakan2 anda selagi anda ada masa untuk bersama mereka kerana mungkin selepas ini siapa tahu ketentuan Nya, mungkin ada di antara mereka akan pergi dahulu sebelum kita atau kita dahulu yang pergi menyambut seruan Nya. Walau apa2 pon, semoga persahabatan anda pada hari ini bisa membawa anda menuju kejalan yang benar dan membawa anda ke syurga iaitu tempat yang kita semua idamkan...InsyaAllah


Sekian Asslamualaikum WBT :)

Sunday 4 March 2012

BERTAUBAT



Assalamualaikum WBT :)

Bila berbincang mengenai taubat sememangnya banyak reaksi yang dikeluarkan oleh setiap individu. Bertaubat adalah memohon pengampunan kepada Allah SWt setelah melakukan dosa di atas muka bumi ini. Terdapat dalam sebuah hadis yang tercatat bahawa:

Dari Anas bin Malik RadhiyahAllahu ‘Anhu ia berkata, Aku mendengar Rasulullah Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman, "Hai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdoa dan berhadap hanya kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosa-dosa yang telah engkau lakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau minta ampunan kepada-Ku, nescaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Jika engkau datang kepadaku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, nescaya Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi”.

Subhanallah, sungguh besar dan luasnya nikmat Allah SWt kepada hamba-hambanya. Di sini dan di kesempatan ini saya ingin menasihati diri saya yang sering melakukan dosa dan rakan-rakan sekalian, ayuhlah kita kembali semula ke jalan yang lurus iaitu agama Nya yang paling tinggi kedudukannya. Bagi kita yang telah terlanjur melakukan dosa, ingatlah bahawa Allah SWT akan membukan tangan Nya pada waktu petang untuk mengampuni dosa hamba Nya di waktu malam dan membuka tangan Nya pada waktu malam untuk mengampuni dosa hamba Nya di waktu siang.

Maha suci Allah, Tuhan pencipta sekalian alam ini, sahabat-sahabatku sekalian, tatkala kita sepi dan berasa sangat bersalah kerana melakukan dosa kepada Nya, pergilah menghadap Nya dan ceritakan semua perkara kepada Nya, merayu kepada Nya dan memohon kepada Nya agar di masa hadapan Dia dapat membantu kita untuk tidak lagi mengulangi dosa kita yang dahulu. Bagi sahabat-sahabat yang telah bertaubat tetapi masih mengulangi dosa yang sama, tidak mengapa kerana anda sedang berusaha untuk tidak mengulangi dosa tersebut kerana ia menjadi fitrah manusia alpa dan mudah lupa tentang perkara lama yang kita lakukan.


Maha Suci Allah tuhan sekalian alam,
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalia,

Wahai tuhanku tak layak kesyurgamu
Ku sedar Ya Allah bahawa syurgamu bukanlah tempat yang sesuai untuk ku jika dibandingankan dengan amalan ku
tetapi Ya Allah aku takut akan seksaan neraka mu amat dahsyat
Ya Allah bantulah hamba Mu ini dalam perjalanan aku mencari keredhaan dan pengampunan mu
Ya Allah dosa hamba mu banyak ibarat pasir di tepian pantian,
Ya Allah aku berharap kepada Mu agar engkau memberi pengampunan yang aku cari Ya Allah,
Ya Allah berilah petunjuk Mu agar hamba tidak lagi jatuh di dalam jurang dosa yang akan membawa hamba ke lembah neraka.
AMIN YA RABBAL A"LAMIN

*Baca ni dalam keadaan yang sangat khusyuk dan tawaduk. letakkan tangan di dada supaya anda lebih fokus. nescaya air mata anda akan keluar membasah pipi mengingati dosa2 lampau..

Wahai tuhan,
Aku tak layak masuk syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu


Ampunkan dosa dan terimalah taubatku,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar


Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
Dengan rahmatmu ampunkan daku m
Oh tuhanku


Wahai tuhan,
Selamatkan kami ini,
Dari segala kejahatan dan kecelakaan


Kami takut kami harap kepadamu,
Suburkanlah cinta kami kepadamu,
Kamilah hamba yang berharap belas darimu

Sekian Assalamualaikum WBT :))



Saturday 3 March 2012

KEIKHLASAN :)

Assalamualaikum WBT :)

Selamat tengah hari kawan-kawan, saudara-saudari, alhamdulillah hari ini sekali lagi Allah SWT memberi kita nikmat IMAN dan ISLAM supaya kita bersyukur dan beribadah kepada Nya. Pada hari ini suka saya menulis mengenai KEIKHLASAN dalam segenap hidup kita.

Pada hari ini keikhlasan yang ingin saya ketengahkan adalah keikhlasan berkaitan ibadah dan percintaan. Berkaitan keikhlasan dalam ibadah, haruslah kita membuangkan semua fikiran kita berkaitan duniawi dan beribah hanya untuk Allah SWT bukannya untuk makhluk. Maksud beribadah kepada makhluk ini adalah contohnya jika seseorang itu membaca Al-Quran ataupun bersolat dia akan memastikan orang perasan apa yang dia sedang lakukan. hal ini supaya dia dipuji dan mahu kebaikannya diceritakan. Masalah sebegini selalu dan berkait rapat dengan riak yang mana bersangkutan dengan syirik khafi iaitu syirik kecil (riak,takbur,ujub dan lain2). Perkara ini sangat-sangat bahaya kerana boleh membuatkan amalan yang kita lakukan tidak dikira oleh Allah SWT. Jadi marilah sama2 kita berusaha membuang perasaan ini ketika beribadah supaya semua amalan maaruf yang telah kita lakukan atau akan lakukan akan diterima oleh Nya.

Seterusnya saya ingin menyentuh keikhlasan dalam percintaan pula. Keikhlasan dalam percintaan memang sukar untuk dipupuk dan dibina oleh setiap pasangan. Ini kerana kebanyakan manusia sekarang ingin memiliki cinta dan hanya mahu pasangannya sempurna pada luarannya sahaja. Memang Rasulullah telah menyarankan kita memilih pasangan hidup kita berdasarkan luarannya juga tetapi Rasulullah juga menyatakan jika kita memilih pasangan kita berdasarkan agamanya nescaya kita akan beruntung di dunia dan akhirat. Percintaan yang mempunyai maksud yang suci tetapi selalu disalahtafsirkan oleh ramai pihak terutamanya remaja yang hanya tahu percintaan itu adalah berpelukan, jalan berpegangan tangan, menaiki motor sekali, dan berbagai lagi perangai yang tidak senonoh yang mereka lakukan sehingga ada yang menafsirkan cinta adalah hubungan seksual yang akhirnya membawa kepada gejala pembuangan bayi yang berlaku saban hari kini. Inilah yang dikatakan manusia tetapi berhati binatang dan Allah SWT telah menyatakan perkara ini jelas di dalam Al-Quran bahawa ada golongan manusia ini seakan binatang ternakan malah lebih teruk lagi dari itu.


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi mereka itulah orang-orang yang lalai."

"Many are the Jinns and men we have made for Hell: They have hearts wherewith they understand not, eyes wherewith they see not, and ears wherewith they hear not. They are like cattle,- nay more misguided: for they are heedless (of warning)."

Keikhlasan dalam percintaan bermaksud kita menjaga dan menghormati pasangan kita dari segenap aspek. Kita bercinta bukanlah untuk memuaskan hawa nafsu yang selalu meminta untuk dibelai dengan perkara-perkara syahwat. Jadi haruslah kita betulkan niat kita sebelum memulakan sesuatu perhubungan. Bagi kawan-kawan yang sedang bercouple jika boleh lepaskanlah pasangan anda, kerana mungkin pada masa hadapan dia bukan jodoh anda. Cuba bayangkan jika barangan kita tetapi orang lain dah gunakan dahulu, adakah kita masih mahu menggunakannya selepas ia pernah menjadi milik orang lain suatu ketika dahulu? Sama-samalah kita memikirkan perkara ini. Jika kita mempunyai perasaan terhadap seseorang buat masa sekarang yang mana usia kita masih muda, biarlah perasaaan itu tumbuh dengan harapan jika dia benar-benar dia diciptakan untukku, nescaya suatu hari nanti aku akan mencarinya dan pasti Allah akan mempertemukan aku dan dia jika kami ditakdirkan bersama untuk membina dan melayari bahtera perkahwinan bersama-sama. InsyaAllah. Tetapi jika kita sudah mempunyai pilihan hati dan kita tidak sanggup berpisah dengan dia ataupun kita menyukai dia dalam diam dan tidak mahu kehilangannya, maka berbanyaklah istikharah dan berdoa kepada Allah supaya dia akan menjadi milik kita. Ini adalah nasihat yang telah ustaz saya berikan kepada saya apabila saya menyatakan kepadanya tentang masalah saya, jadi saya mahu berkongsi dengan anda nasihat yang ustaz saya berikan, InsyaAllah..



Sekian Assalamualaikum :)