Assalamualaikum :)
Pada nukilan kali ini, saya ingin membincangkan mengenai satu perasaan yang berada dalam hati kita iaitu perasaan kasih dan sayang. Saya yakin bahawa semua kita pernah merasai perasaan ini sama ada kita yang memberi atau kita yang menerima nya.Itu tidak menjadi persoalan, yang jadi persoalan nya adalah dari siapa dan kepada siapa kita curahkan perasaan ini..
"aku suka sangat kot kat dia, aku sayang kat dia, tp atas sebab aku sayang kat dia jugak lah aku tak bercouple ngan dia sebab aku tahu bahawa jika kalau Allah merestui perasaan sayang aku kepada dia ini, Allah pasti akan mempertemukan kami kembali dan ketika itu insyaAllah aku sudah bersedia utk menjadikan nya yang halal buat ku"
~ini lah apa yang selalu saya fikirkan apabila memikirkan tentang perasaan kasih dan sayang saya ini.
Sedar atau pun tidak, semakin kita memikirkan tentang si dia, semakin itu lah hati kita tidak tenang, sebab kita tidak pernah tahu isi hati dan perasaan si dia terhadap kita. Semua perkara dalam dunia ini akan menjadi senang apabila kita semua dapat mengetahui isi hati orang lain kerana di situ kita dapat mengelakkan pergaduhan dan perselisihan faham. Tetapi sayang nya kita hanya ciptaan yang lemah dan terbatas akal kita, kita tidak mampu untuk membaca isi hati orang lain.
Di dalam surat cinta dari Allah (Al-Quran), Allah telah berfirman bahawa:
"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka akan menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah bahawa dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang"
(Surah Ar-Ra'd ayat 28)
Allah sudah beritahu kita awal awal lagi bahawa dengan berzikir kepada nya hati kita akan tenang, bukan dengan mengingati si dia kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan tunduk kepada Allah dan memikirkan betapa kerdil nya diri ini dan insyaAllah akan sedikit demi sedikit akan memohon taubat kepada Nya, dan kontra pula apabila kita memikirkan si dia, hati kita akan bertambah serabut kerana fikiran kita ketika itu mungkin sudah berlandaskan nafsu dan kehendak diri semata mata. (pada pandangan saya la ^^)
Jadi di sini saya hendak tekankan bahawa janganlah kita selalu sangat memikirkan seseorang itu yang mana tidak lagi di jamin untuk kita secara berlebihan sehingga membuatkan kita melupakan DIA. Jika kita sukakan si dia, maka terus khabarkan saja kepada Allah, insyaAllah, Allah akan tunjukkan kepada kita jalan yang terbaik unutk kita. Janganlah kita salahkan Allah jika perasaan kasih dan sayang yang kita curahkan kepada si dia tidak berbalas atau tidak kesampaian. Tapi kita harus sentiasa bersangka baik kepada Allah kerana Allah tahu yang mana lebih baik untuk kita. Mungkin Allah telah sediakan "si dia" yang lain yang lebih baik dan sesuai untuk kita untuk menerima kasih dan sayang daripada kita kerana mungkin juga si dia yang pertama itu bukan rusuk kiri paling atas kita (bg lelaki) atau kita bukan rusuk kiri paling atas si dia( bg perempuan).
Tetapi janganlah kita risau dengan apa yang telah di rancang Allah tentang jodoh kita, kita hanya perlu berusaha menjadi hamba Nya yang terbaik dan InsyaAllah dia akan menghantar seorang yang akan membuatkan kita menjadi lebih baik. Semua ini telah Allah firmankan didalam al-Quran pada ayat 26 surah An Nur..
"perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempaun-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia"
Jadi di sini saya ingin tegaskan bahawa tugas kita sebagai hamba hanyalah berusaha menjadi yang terbaik di sisi Nya, dan InsyaAllah dia akan memberikan yang terbaik untuk kita.
Akhir sekali, bagi yang sedang bercouple di luar sana ingatlah bahawa perempuan/lelaki yqng sedang anda sayang itu tidak boleh menjaminkan perhubungan itu sehingga ke pernikahan. Jikalau anda tiada kekuatan, mohon lah dari Allah supaya anda boleh memberhentikan hubungan itu dan jika anda bersedia dan betul-berul sayang akan si dia, maka pergi lah berjumpa dengan wali nya dan nyatakan hasrat hati anda. Itu lah cara yang terbaik untuk anda menunjukkan perasaan kasih dan sayang anda kepada si dia. Saya rasa itu sahaja yang dapat saya kongsikan, semoga dengan sedikit ilmu yang kita bincangkan ini dapat membuatkan diri kita menjadi insan yang lebih dekat dengan Nya,,
sebelum kita memulakan suatu hubungan maka tanya lah diri :
"adakah cinta yang bakal bersemi ini akan mengundang restu Ilahi?"
jika anda yakin jawapan nya adalah Ya, maka mohonlah petunjuk nya. Dan jika jawapan nya tida, maka leraikanlah dengan cara yang baik hubungan itu dan minta juka petunjuk dari Allah.
Sekian, saya mohon maaf atas kesalahan dan kekasaran bahasa yang digunakan, saya hanya lah insan biasa yang mana pernah melalui dan sedang melalui perkara yang sama berkaitan apa yang saya nukilkan ini. semoga kita menjadi hamba Nya yang lebih baik pada masa akan datang,,insyaAllah..
tima kaseh kerana membaca ^^