Assalamualaikum WBT

Thursday, 8 March 2012

PERSAHABATAN

Assalamualaikum WBT,


      Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, yang telah menciptakan alam ini dan mentadbir seluruhnya dengan kekuasaan Nya sendiri tanpa berkongsi dengan mana-mana zat lain atau makhluk. Maha suci Allah yang telah memberi peluang kepada saya untuk menulis sedikit perkara yang suka sangat saya ingin bincangkan setelah sekian lama.


      Setelah melihat "page" kelas saya pada malam ini, hati saya telah tertarik untuk menulis mengenai tajuk persahabatan. Bagi saya tafsiran PERSAHABATAN adalah membawa maksud sebuah perhubungan antara manusia yang mana telah berkongsi suka dan duka bersama-sama serta kebanyakan masa dihabiskan bersama untuk mengumpul saat-saat manis untuk dikenang pada masa hadapan.


      Memang saya akui, bahawa jika kita telah keluar dari satu sistem (Sekolah menengah terutamanya) dan terpisah dengan rakan-rakan kita sesungguhnya pasti rasa rindu dan ingin kembali ke masa lalu akan berkunjung tiba di hati ini tambahan pula jika ada seseorang atau orang sekeliling kita pernah memberi impak yang besar dalam hidup kita. Jika saya diberi peluang untuk kembali ke masa lepas, antara benda yang ingin saya ulangi dan perbetulkan adalah masa ketika bersama-sama sahabat saya (rakan sekelas & rakan sebatch) supaya saat bersama mereka akan menjadi lebih manis dan akan menjadi kengan yang terindah dalam hidup ini.


       Di sini saya ada sedikit puisi atau pantun atau apa-apa yang hendak anda panggil:


Sahabat...
Saat bersama mu semua,
Tidak pernah ku rasa,
Bahawa saat itu,
Suatu hari nanti akan ku akan merindu...


Sahabat...
Andai ku bisa putarkan masa ini,
Perkara yang ingin ku putarkan adalah,
Saat indah bersama mu dan juga saat duka bersama mu,
Supaya ku dapat mengubah semuanya menjadi lebih manis,
Untuk kita tatapi bila di hari tua,


Sahabat...
Ku tahu bahawa diri ini tidaklah sesempurna yang kau harapkan,
Oleh itu ingin sekali ku memohon kemaafan dari mu,
Jika perlakuan ku selama kita bersama pernah menganggu diri mu,
Ku harap perkara itu tidak akan merenggangkan hubungan kita.


Sahabat...
Ingin ku beritahu mu sesuatu,
Bahawa kita di dunia ini hanyalah sementara,
Jadi hargailah saat kita bersama ,
Kerana mungkin selepas ini,
Saat indah yang bakal dilalui tidak akan mempunyai aku di dalam nya,
Kerana mungkin ku telah pergi menyambut seruan Nya,
Dan ingin ku memohon maaf sekali lagi,
Andainya ku tidak dapat bersama mu ketika itu...


Sahabat...
Semoga kau hargailah saat-saat kita bersama,
Agar ia bisa menjadi harta yang paling barharga buat mu,
Semoga kita dapat bersama lagi pada masa hadapan,
InsyaAllah jika Dia mengizinkan kita bersama lagi.


p/s: hargailah rakan2 anda selagi anda ada masa untuk bersama mereka kerana mungkin selepas ini siapa tahu ketentuan Nya, mungkin ada di antara mereka akan pergi dahulu sebelum kita atau kita dahulu yang pergi menyambut seruan Nya. Walau apa2 pon, semoga persahabatan anda pada hari ini bisa membawa anda menuju kejalan yang benar dan membawa anda ke syurga iaitu tempat yang kita semua idamkan...InsyaAllah


Sekian Asslamualaikum WBT :)

Sunday, 4 March 2012

BERTAUBAT



Assalamualaikum WBT :)

Bila berbincang mengenai taubat sememangnya banyak reaksi yang dikeluarkan oleh setiap individu. Bertaubat adalah memohon pengampunan kepada Allah SWt setelah melakukan dosa di atas muka bumi ini. Terdapat dalam sebuah hadis yang tercatat bahawa:

Dari Anas bin Malik RadhiyahAllahu ‘Anhu ia berkata, Aku mendengar Rasulullah Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman, "Hai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdoa dan berhadap hanya kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosa-dosa yang telah engkau lakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau minta ampunan kepada-Ku, nescaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Jika engkau datang kepadaku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, nescaya Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi”.

Subhanallah, sungguh besar dan luasnya nikmat Allah SWt kepada hamba-hambanya. Di sini dan di kesempatan ini saya ingin menasihati diri saya yang sering melakukan dosa dan rakan-rakan sekalian, ayuhlah kita kembali semula ke jalan yang lurus iaitu agama Nya yang paling tinggi kedudukannya. Bagi kita yang telah terlanjur melakukan dosa, ingatlah bahawa Allah SWT akan membukan tangan Nya pada waktu petang untuk mengampuni dosa hamba Nya di waktu malam dan membuka tangan Nya pada waktu malam untuk mengampuni dosa hamba Nya di waktu siang.

Maha suci Allah, Tuhan pencipta sekalian alam ini, sahabat-sahabatku sekalian, tatkala kita sepi dan berasa sangat bersalah kerana melakukan dosa kepada Nya, pergilah menghadap Nya dan ceritakan semua perkara kepada Nya, merayu kepada Nya dan memohon kepada Nya agar di masa hadapan Dia dapat membantu kita untuk tidak lagi mengulangi dosa kita yang dahulu. Bagi sahabat-sahabat yang telah bertaubat tetapi masih mengulangi dosa yang sama, tidak mengapa kerana anda sedang berusaha untuk tidak mengulangi dosa tersebut kerana ia menjadi fitrah manusia alpa dan mudah lupa tentang perkara lama yang kita lakukan.


Maha Suci Allah tuhan sekalian alam,
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalia,

Wahai tuhanku tak layak kesyurgamu
Ku sedar Ya Allah bahawa syurgamu bukanlah tempat yang sesuai untuk ku jika dibandingankan dengan amalan ku
tetapi Ya Allah aku takut akan seksaan neraka mu amat dahsyat
Ya Allah bantulah hamba Mu ini dalam perjalanan aku mencari keredhaan dan pengampunan mu
Ya Allah dosa hamba mu banyak ibarat pasir di tepian pantian,
Ya Allah aku berharap kepada Mu agar engkau memberi pengampunan yang aku cari Ya Allah,
Ya Allah berilah petunjuk Mu agar hamba tidak lagi jatuh di dalam jurang dosa yang akan membawa hamba ke lembah neraka.
AMIN YA RABBAL A"LAMIN

*Baca ni dalam keadaan yang sangat khusyuk dan tawaduk. letakkan tangan di dada supaya anda lebih fokus. nescaya air mata anda akan keluar membasah pipi mengingati dosa2 lampau..

Wahai tuhan,
Aku tak layak masuk syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu


Ampunkan dosa dan terimalah taubatku,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar


Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
Dengan rahmatmu ampunkan daku m
Oh tuhanku


Wahai tuhan,
Selamatkan kami ini,
Dari segala kejahatan dan kecelakaan


Kami takut kami harap kepadamu,
Suburkanlah cinta kami kepadamu,
Kamilah hamba yang berharap belas darimu

Sekian Assalamualaikum WBT :))



Saturday, 3 March 2012

KEIKHLASAN :)

Assalamualaikum WBT :)

Selamat tengah hari kawan-kawan, saudara-saudari, alhamdulillah hari ini sekali lagi Allah SWT memberi kita nikmat IMAN dan ISLAM supaya kita bersyukur dan beribadah kepada Nya. Pada hari ini suka saya menulis mengenai KEIKHLASAN dalam segenap hidup kita.

Pada hari ini keikhlasan yang ingin saya ketengahkan adalah keikhlasan berkaitan ibadah dan percintaan. Berkaitan keikhlasan dalam ibadah, haruslah kita membuangkan semua fikiran kita berkaitan duniawi dan beribah hanya untuk Allah SWT bukannya untuk makhluk. Maksud beribadah kepada makhluk ini adalah contohnya jika seseorang itu membaca Al-Quran ataupun bersolat dia akan memastikan orang perasan apa yang dia sedang lakukan. hal ini supaya dia dipuji dan mahu kebaikannya diceritakan. Masalah sebegini selalu dan berkait rapat dengan riak yang mana bersangkutan dengan syirik khafi iaitu syirik kecil (riak,takbur,ujub dan lain2). Perkara ini sangat-sangat bahaya kerana boleh membuatkan amalan yang kita lakukan tidak dikira oleh Allah SWT. Jadi marilah sama2 kita berusaha membuang perasaan ini ketika beribadah supaya semua amalan maaruf yang telah kita lakukan atau akan lakukan akan diterima oleh Nya.

Seterusnya saya ingin menyentuh keikhlasan dalam percintaan pula. Keikhlasan dalam percintaan memang sukar untuk dipupuk dan dibina oleh setiap pasangan. Ini kerana kebanyakan manusia sekarang ingin memiliki cinta dan hanya mahu pasangannya sempurna pada luarannya sahaja. Memang Rasulullah telah menyarankan kita memilih pasangan hidup kita berdasarkan luarannya juga tetapi Rasulullah juga menyatakan jika kita memilih pasangan kita berdasarkan agamanya nescaya kita akan beruntung di dunia dan akhirat. Percintaan yang mempunyai maksud yang suci tetapi selalu disalahtafsirkan oleh ramai pihak terutamanya remaja yang hanya tahu percintaan itu adalah berpelukan, jalan berpegangan tangan, menaiki motor sekali, dan berbagai lagi perangai yang tidak senonoh yang mereka lakukan sehingga ada yang menafsirkan cinta adalah hubungan seksual yang akhirnya membawa kepada gejala pembuangan bayi yang berlaku saban hari kini. Inilah yang dikatakan manusia tetapi berhati binatang dan Allah SWT telah menyatakan perkara ini jelas di dalam Al-Quran bahawa ada golongan manusia ini seakan binatang ternakan malah lebih teruk lagi dari itu.


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi mereka itulah orang-orang yang lalai."

"Many are the Jinns and men we have made for Hell: They have hearts wherewith they understand not, eyes wherewith they see not, and ears wherewith they hear not. They are like cattle,- nay more misguided: for they are heedless (of warning)."

Keikhlasan dalam percintaan bermaksud kita menjaga dan menghormati pasangan kita dari segenap aspek. Kita bercinta bukanlah untuk memuaskan hawa nafsu yang selalu meminta untuk dibelai dengan perkara-perkara syahwat. Jadi haruslah kita betulkan niat kita sebelum memulakan sesuatu perhubungan. Bagi kawan-kawan yang sedang bercouple jika boleh lepaskanlah pasangan anda, kerana mungkin pada masa hadapan dia bukan jodoh anda. Cuba bayangkan jika barangan kita tetapi orang lain dah gunakan dahulu, adakah kita masih mahu menggunakannya selepas ia pernah menjadi milik orang lain suatu ketika dahulu? Sama-samalah kita memikirkan perkara ini. Jika kita mempunyai perasaan terhadap seseorang buat masa sekarang yang mana usia kita masih muda, biarlah perasaaan itu tumbuh dengan harapan jika dia benar-benar dia diciptakan untukku, nescaya suatu hari nanti aku akan mencarinya dan pasti Allah akan mempertemukan aku dan dia jika kami ditakdirkan bersama untuk membina dan melayari bahtera perkahwinan bersama-sama. InsyaAllah. Tetapi jika kita sudah mempunyai pilihan hati dan kita tidak sanggup berpisah dengan dia ataupun kita menyukai dia dalam diam dan tidak mahu kehilangannya, maka berbanyaklah istikharah dan berdoa kepada Allah supaya dia akan menjadi milik kita. Ini adalah nasihat yang telah ustaz saya berikan kepada saya apabila saya menyatakan kepadanya tentang masalah saya, jadi saya mahu berkongsi dengan anda nasihat yang ustaz saya berikan, InsyaAllah..



Sekian Assalamualaikum :)

Friday, 2 March 2012

Qada' dan Qadar.

Assalamualaikum WBT..

Semua kita sedar dan tahu bahawa setiap perkara yang berlaku kepada kita adalah ketentuan Allah SWT dalam takdir-Nya yang telah ditetapkan sejak azali lagi. Qada' bermaksud ketentuaan Allah sejak azali lagi. Qada' dapat dibahagikan kepada dua iaitu Qada' Muallaq dan Mubam. Qada' Mubram adalah ketentuan yang tidak dapat diubah seperti kematian dan jodoh, manakala Qada' Muallaq adalah takdir ataupun ketentuan yang dapat diubah oleh doa dan ikhtiar usaha manusia contohnya seperti keputusan exam. Pada penulisan kali ini saya ingin menekan tentang Qada' Muallaq kerana ramai di antara kita yang beranggapan bahwa takdir ini tidak boleh diubah. Sebenarnya di dalam dunia ini ada beberapa perkara takdir yang ditentukan dapat diubah seperti yang saya tulis tadi iaitu keputusan exam. Allah SWT telah berjanji dan berfirman di dalam Al-Quran bahawa jika kita manusia berdoa kepada Nya nescaya Allah akan makbulkan. ini diterangkan di dalam ayat 60 dalam surah Al Mu'min.

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."


And your Lord says: "Call on Me I will answer your (Prayer): but those who are too arrogant to serve Me will surely find themselves in Hell - in humiliation!"


Jadi jika kita bersedih dengan sesuatu perkara yang mana kita yang mana kita dapat mengubahkannya, maka sentiasalah berdoa kepada Allah dan berusaha supaya Allah memberikan hajat kita tersebut. Janganlah kita berputus asa dengan apa yang kita miliki sekarang kerana mungkin sekarang kita tidak merasa lagi kepentingan dan kelebihan perkara tersebut di dalam hidup kita, tetai jika perkara tersebut hilang atau tiada lagi atau mungkin juga sudah berubah, pada masa itu apa pun tiada guna lagi. yang mampu kita lakukan adalah hanya berusaha, berdoa dan selainnya bertawakallah kepada Allah.
Sekian Assalamualaikum WBT :)

Thursday, 1 March 2012

Assalamualaikum WBT..


       Cuaca mendung hari ini menemani segenap manusia di sini, bukan hanya diriku tetapi semua makhluk ciptaan Allah SWT merasa nikmat nya yang tidak terhingga ini. oleh itu kita disarankan supaya sentiasa bersyukur dan mengingati Nya. Cuba kita bayangkan kita hari ini tanpa nikmat aman yang Allah SWT berikan, sudah tentu kita senasib dengan saudara kita di Palestine, Afghanistan dan Somalia. Bersyukur merupakan perkara yang paling senang bagi kita sebagai hamba Nya untuk mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana mengurniakan kita nikmat yang tidak diterima oleh semua makhluk Nya di muka bumi ini. Kita juga harus percaya bahawa jika kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki nescaya Allah akan menambahkan nikmat tersebut. ni diperjelaskan oleh Allah SWT menerusi surat cinta nya kepada hamba-hamba Nya iaitu Al-Quran Al Karim dalam berikut:






"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu sesunggguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"


"If ye would count up the favours of Allah, never would ye be able to number them: for Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful."


oleh itu haruslah kita sebagai hamba Nya yang hanya menumpang di dunia Nya yang fana ini perlulah sentaisa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.


Sekian Assalamualaikum WBT :)