Assalamualaikum WBT,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, yang telah menciptakan alam ini dan mentadbir seluruhnya dengan kekuasaan Nya sendiri tanpa berkongsi dengan mana-mana zat lain atau makhluk. Maha suci Allah yang telah memberi peluang kepada saya untuk menulis sedikit perkara yang suka sangat saya ingin bincangkan setelah sekian lama.
Setelah melihat "page" kelas saya pada malam ini, hati saya telah tertarik untuk menulis mengenai tajuk persahabatan. Bagi saya tafsiran PERSAHABATAN adalah membawa maksud sebuah perhubungan antara manusia yang mana telah berkongsi suka dan duka bersama-sama serta kebanyakan masa dihabiskan bersama untuk mengumpul saat-saat manis untuk dikenang pada masa hadapan.
Memang saya akui, bahawa jika kita telah keluar dari satu sistem (Sekolah menengah terutamanya) dan terpisah dengan rakan-rakan kita sesungguhnya pasti rasa rindu dan ingin kembali ke masa lalu akan berkunjung tiba di hati ini tambahan pula jika ada seseorang atau orang sekeliling kita pernah memberi impak yang besar dalam hidup kita. Jika saya diberi peluang untuk kembali ke masa lepas, antara benda yang ingin saya ulangi dan perbetulkan adalah masa ketika bersama-sama sahabat saya (rakan sekelas & rakan sebatch) supaya saat bersama mereka akan menjadi lebih manis dan akan menjadi kengan yang terindah dalam hidup ini.
Di sini saya ada sedikit puisi atau pantun atau apa-apa yang hendak anda panggil:
Sahabat...
Saat bersama mu semua,
Tidak pernah ku rasa,
Bahawa saat itu,
Suatu hari nanti akan ku akan merindu...
Sahabat...
Andai ku bisa putarkan masa ini,
Perkara yang ingin ku putarkan adalah,
Saat indah bersama mu dan juga saat duka bersama mu,
Supaya ku dapat mengubah semuanya menjadi lebih manis,
Untuk kita tatapi bila di hari tua,
Sahabat...
Ku tahu bahawa diri ini tidaklah sesempurna yang kau harapkan,
Oleh itu ingin sekali ku memohon kemaafan dari mu,
Jika perlakuan ku selama kita bersama pernah menganggu diri mu,
Ku harap perkara itu tidak akan merenggangkan hubungan kita.
Sahabat...
Ingin ku beritahu mu sesuatu,
Bahawa kita di dunia ini hanyalah sementara,
Jadi hargailah saat kita bersama ,
Kerana mungkin selepas ini,
Saat indah yang bakal dilalui tidak akan mempunyai aku di dalam nya,
Kerana mungkin ku telah pergi menyambut seruan Nya,
Dan ingin ku memohon maaf sekali lagi,
Andainya ku tidak dapat bersama mu ketika itu...
Sahabat...
Semoga kau hargailah saat-saat kita bersama,
Agar ia bisa menjadi harta yang paling barharga buat mu,
Semoga kita dapat bersama lagi pada masa hadapan,
InsyaAllah jika Dia mengizinkan kita bersama lagi.
p/s: hargailah rakan2 anda selagi anda ada masa untuk bersama mereka kerana mungkin selepas ini siapa tahu ketentuan Nya, mungkin ada di antara mereka akan pergi dahulu sebelum kita atau kita dahulu yang pergi menyambut seruan Nya. Walau apa2 pon, semoga persahabatan anda pada hari ini bisa membawa anda menuju kejalan yang benar dan membawa anda ke syurga iaitu tempat yang kita semua idamkan...InsyaAllah
Sekian Asslamualaikum WBT :)
No comments:
Post a Comment