Selamat tengah hari kawan-kawan, saudara-saudari, alhamdulillah hari ini sekali lagi Allah SWT memberi kita nikmat IMAN dan ISLAM supaya kita bersyukur dan beribadah kepada Nya. Pada hari ini suka saya menulis mengenai KEIKHLASAN dalam segenap hidup kita.
Pada hari ini keikhlasan yang ingin saya ketengahkan adalah keikhlasan berkaitan ibadah dan percintaan. Berkaitan keikhlasan dalam ibadah, haruslah kita membuangkan semua fikiran kita berkaitan duniawi dan beribah hanya untuk Allah SWT bukannya untuk makhluk. Maksud beribadah kepada makhluk ini adalah contohnya jika seseorang itu membaca Al-Quran ataupun bersolat dia akan memastikan orang perasan apa yang dia sedang lakukan. hal ini supaya dia dipuji dan mahu kebaikannya diceritakan. Masalah sebegini selalu dan berkait rapat dengan riak yang mana bersangkutan dengan syirik khafi iaitu syirik kecil (riak,takbur,ujub dan lain2). Perkara ini sangat-sangat bahaya kerana boleh membuatkan amalan yang kita lakukan tidak dikira oleh Allah SWT. Jadi marilah sama2 kita berusaha membuang perasaan ini ketika beribadah supaya semua amalan maaruf yang telah kita lakukan atau akan lakukan akan diterima oleh Nya.
Seterusnya saya ingin menyentuh keikhlasan dalam percintaan pula. Keikhlasan dalam percintaan memang sukar untuk dipupuk dan dibina oleh setiap pasangan. Ini kerana kebanyakan manusia sekarang ingin memiliki cinta dan hanya mahu pasangannya sempurna pada luarannya sahaja. Memang Rasulullah telah menyarankan kita memilih pasangan hidup kita berdasarkan luarannya juga tetapi Rasulullah juga menyatakan jika kita memilih pasangan kita berdasarkan agamanya nescaya kita akan beruntung di dunia dan akhirat. Percintaan yang mempunyai maksud yang suci tetapi selalu disalahtafsirkan oleh ramai pihak terutamanya remaja yang hanya tahu percintaan itu adalah berpelukan, jalan berpegangan tangan, menaiki motor sekali, dan berbagai lagi perangai yang tidak senonoh yang mereka lakukan sehingga ada yang menafsirkan cinta adalah hubungan seksual yang akhirnya membawa kepada gejala pembuangan bayi yang berlaku saban hari kini. Inilah yang dikatakan manusia tetapi berhati binatang dan Allah SWT telah menyatakan perkara ini jelas di dalam Al-Quran bahawa ada golongan manusia ini seakan binatang ternakan malah lebih teruk lagi dari itu.
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi mereka itulah orang-orang yang lalai."
"Many are the Jinns and men we have made for Hell: They have hearts wherewith they understand not, eyes wherewith they see not, and ears wherewith they hear not. They are like cattle,- nay more misguided: for they are heedless (of warning)."
Keikhlasan dalam percintaan bermaksud kita menjaga dan menghormati pasangan kita dari segenap aspek. Kita bercinta bukanlah untuk memuaskan hawa nafsu yang selalu meminta untuk dibelai dengan perkara-perkara syahwat. Jadi haruslah kita betulkan niat kita sebelum memulakan sesuatu perhubungan. Bagi kawan-kawan yang sedang bercouple jika boleh lepaskanlah pasangan anda, kerana mungkin pada masa hadapan dia bukan jodoh anda. Cuba bayangkan jika barangan kita tetapi orang lain dah gunakan dahulu, adakah kita masih mahu menggunakannya selepas ia pernah menjadi milik orang lain suatu ketika dahulu? Sama-samalah kita memikirkan perkara ini. Jika kita mempunyai perasaan terhadap seseorang buat masa sekarang yang mana usia kita masih muda, biarlah perasaaan itu tumbuh dengan harapan jika dia benar-benar dia diciptakan untukku, nescaya suatu hari nanti aku akan mencarinya dan pasti Allah akan mempertemukan aku dan dia jika kami ditakdirkan bersama untuk membina dan melayari bahtera perkahwinan bersama-sama. InsyaAllah. Tetapi jika kita sudah mempunyai pilihan hati dan kita tidak sanggup berpisah dengan dia ataupun kita menyukai dia dalam diam dan tidak mahu kehilangannya, maka berbanyaklah istikharah dan berdoa kepada Allah supaya dia akan menjadi milik kita. Ini adalah nasihat yang telah ustaz saya berikan kepada saya apabila saya menyatakan kepadanya tentang masalah saya, jadi saya mahu berkongsi dengan anda nasihat yang ustaz saya berikan, InsyaAllah..
Sekian Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment