Assalamualaikum WBT :)
Alhamdulillah, syukur selagi kita boleh kepada Nya kerana memberi kita kesempatan utk menghirup udara pada hari ni dan masih juga berpeluang utk memperbaiki TAHAP IMAN kita, insyaAllah.
Mmg setiap hari kita sedar bahawa kita masih lagi diberi nyawa dan peluang oleh Nya utk terus berada di muka bumi ni. Tetapi, sepanjang umur yg Allah SWT kurniakan tu, adakah kita pernah berjumpa dengan Nya pada malam hari, menceritakan masalah kita, menitiskan air mata kerana kita takutkan azab Nya, dan pernahkah kita berTAUBAT kepada Nya setelah apa yg telah kita buat.
Allah telah berfirman:
"Wahai hamba hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Mengampuni dosa-dosa semua nya. Sungguh dialah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
{39:53}
Wahai saudara2 se Islam, marilah kita sama2 bertaubat kepada Nya setelah apa yg telah dikurniakan Nya kerana Allah telah membentangkan tangan Nya pada siang hari utk mengampuankan dosa2 hamba Nya yg bertaubat pada malam hari, dan Dia juga telah membentangkan tangan Nya pada waktu malam utk mengampunkan dosa2 hamba Nya pada waktu siang.
Marilah kita fikir sejenak adakah dengan usia yg diberikan itu di isi dengan betol, dan adakah amal ibadah yg kita lakukan sepanjang usia itu akan diterima Allah SWT.. fikir2 kan lah dan selamat BERTAUBAT wahai kaum muslimin dan muslimat sekalian..
InsyaAllah :)
No comments:
Post a Comment