Sudahkah pada hari ini anda menanyakan tahap iman anda?
jika tidak, lebih baik kita sesama muhasabah diri kita dengan apa yang kita lakukan sepanjang hari ini.
Pada hari ini saya sangat berbesar hati untuk berkongsi sedikit ilmu yang Allah pinjamkan kepada saya iaitu mengenai CINTA dan KASIH SAYANG.
Memang tidak dinafikan bahawa setiap manusia di muka bumi Allah ini pasti akan mempunyai sifat ini kerana Allah telah menjadikan ia fitrah dalam diri manusia.
Perkara ini boleh diperjelaskan melalui peristiwa Nabi Adam yang mana telah berasa sunyi dan sepi ketika berada di dalam syurga setelah dciptakan oleh Allah SWT.
Allah yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu walaupun perkara yang hanya terlintas di dalam hati manusia, telah mengetahui perasaan Nabi Adam yang berasa sunyi dan sepi kerana Nabi Adam tiada peneman di dalam syurga . Oleh hal yang demikian Allah telah mengambil tulang rusuk Adam sebelah kiri dan paling atas (jika x silap) semasa dia sedang tidur untuk menciptakan seorang wanita bagi menemani Adam di dalam syurga tersebut. Daripada peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa setiap manusia di atas muka bumi ini yang bergelar anak cucu adam, memang mempunyai fitrah untuk berkasih sayang dan saling mencintai antara satu dan yang lain. Oleh itu tidak menjadi satu dosa buat kita untuk mempunyai perasaan itu kepada orang yang kita suka kerana itu adalah salah satu fitrah yang Allah kurniakan kepada setiap anak dan cucu Adam, dan terletak kepada manusia itu sendiri untuk bagaimana mengawalnya agar ia tidak dikawal oleh syaitan laknatullah dan nafsu syahwat.
sekian Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment