<3 jika mencintai seseorang biarlah dalam diam dan luahkan lah pada Allah SWT,
kerana dia Maha Mengetahui akan segala yg terbaik untuk mu,
jika mencintai seseorang biarlah bersederhana
kerana takut yang dicintai akan menjadi benci
dan yang benci akan menjadi cinta..
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,namun kau tahu cintamu tak terbalasAllah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu..
Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup
Cukup cintai dari kejauhankerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan..
p/s: Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
No comments:
Post a Comment